Monday 11 April 2016

Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris




Buku "Mudanya Belajar Bahasa Inggeris" adalah berkongsepkan '2 buah buku dalam 1 naskah' iaitu Tatabahasa (Grammar) + Perbendaharaan Kata (Vocabulary) dan disertakan latihan.



Buku ini adalah inisiatif penulis daripada penyeledikan dan pemerhatian mereka sepanjang 6 tahun menjadi guru tuisyen. Sepanjang mengajar mereka mengesan kelemahan-kelemahan umum yang kebanyakan ada pada murid-murid seperti tidak memahami penggunaan tatabahasa. Buku ini di hasilkan untuk membantu anak-anak mudah mempelajari dan memahami Bahasa Inggeris. Buku ini sesuai untuk anak-anak yang berusia 7 tahun sehingga 15 tahun.





Latar belakang mengenai penulis :-


  • Aida Dahlia Ahmad
    • Beliau merupakan graduan dari Universiti Malaya dalam bidang mikrobiologi pada tahun 1993.
    • Beliau pernah berkhidmat di Hospital Besar Melaka dan sebagai guru di Sekolah Dang Anum, Melaka.
    • Beliau mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
  • Asnili Marniwati Ahmad 
    • Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Pemasarann.
    • Beliau memiliki sijil profesional dari Institut Pengurusan Malaysia dalam bidang
    • Pengurusan Harta Intelek.

Harga : RM39.00

Kos Pos : RM10


Untuk tempahan sila klik disini 


Wednesday 4 December 2013

Panduan Berpantang Tradisional Moden



Tinta Pengarang

1.  Tujuan rawatan pantang
1.1 Tempoh rawat dan rehat
     · Pemulihan kesihatan dalaman
     · Pemulihan luaran
     · Persediaan penjagaan bayi
     · Menurunkan berat badan
1.2 Fasa berpantang
     · Fasa sebelum bersalin
     · Fasa 44 hari
     · Fasa 44 hari hingga 100 hari
     · Fasa 100 hari dan seterusnya
     · Ubatan konvensional & tradisional
1.3 Pelan kecantikann & kesihatan
1.4 Senarai kelengkapan berpantang
1.5 Perancangan selepas pantang
     · Tip untuk ibu/wanita hamil
     · Tip untuk bapa
     · Panduan selesai proses bersalin

Bab 2: Persediaan Bersalin
2.1 Lokasi Bersalin
2.2 Kaedah Bersalin
2.3 Persediaan Menyambut Bayi
2.4 Persediaan Mental Dan Fizikal
2.5 Prosedur bersalin

Bab 3: Persediaan Berpantang
3.1 Tujuh persediaan asas
3.2 Bantuan Penjagaan
3.3 Kelengkapan Ibu
3.4 Kelengkapan Bayi
3.5 Penyusuan Eksklusif
3.6 Tip dalam pantang

Bab 4: Rawatan Berpantang
4.1 Tradisional Dan Moden
4.2 Istilah Dalam Pantang
4.3 Masalah Dalam Pantang
4.4 Menu dalam pantang
4.5 Khasiat herba untuk wanita berpantang
4.6 Kekal cergas semasa berpantang

Bab 5: Rawatan Tradisional
5.1 Jenis Rawatan
5.2 Petua Pantang
5.3 Pemulihan selepas bersalin
5.4 Amalan Rutin 44 Hari
5.5 Kekal sihat semasa berpantang

Bab 6 : Rawatan moden
6.1 Jenis rawatan
6.2 Jenis rawatan moden
6.3 Gabungan moden dan tradisional

Bab 7: Rawatan kaedah Islam
7.1 Sejarah perbidanan wanita Islam
7.2Tip dan amalan

Bab 8: Cabaran Langsing
8.1 Menu Dalam Pantang
8.2 Senaman Yang Sesuai
8.3 Detoksifikasi

Bab 9: Diet Sihat Kekal Langsing
9.1 Pemakanan Seimbang
9.2 Gaya Hidup Sihat
9.3 Senaman Sebagai disiplin
9.4 Diet dan senaman selepas pantang

Bab 10: Panduan Langsing & Sihat
10.1 Dilema wanita
10.2 Kekal cergas dan sihat
10.3 Panduan pemilihan kosmetik, ubatan dan pil kesihatan
10.4 Tip agar sentiasa bermotivasi untuk sihat, langsing

Bab 11: Motivasi Selepas Bersalin
11.1 Menangani Tekanan ‘Pelbagai Tugas’
11.2 Tips & Motivasi Suri Rumah
11.3 Tip cergas dan sihat 24 jam

Harga sebelum 15/12 ialah RM30. Selepas itu harga menjadi RM60.
Bayar di sini untuk RM30 sahaja.

Friday 8 November 2013

Mendorong pelajar corot dengan teknik Nabi Muhammad




Pengarang : Ainon Muhammad, Khairulaniza Khairudin, 
Siti Khatijah Abd Ghafar & Nurhidayah Jaafar 
Penerbit : Buku Pandai Publication
Muka surat : 130 Halaman
Harga: RM25.00

Buku ini ditulis oleh beberapa penulis tersohor tanah air, iaitu Ainon Mohd, Khairulaniza Khairuddin, Siti Khadijah Abd Ghaffar dan Nurhidayah Jaafar dengan ketebalan 130 halaman.

Buku ini ditulis berdasarkan kajian oleh tim pengkaji hadis psikologi. Dengan berpaksikan hadis dan amalan nabi Muhammad ketika berdakwah (amalan psikologi / pendekatan memuji ) guru disarankan mendidik murid yang tergolong dalam kumpulan corot melalui pendekatan yang lebih bersifat insani puji, motivasi, ganjaran dan sebagainya.

Buku ini membuka satu dimensi baharu kepada guru khususnya guru yang mengajar kelas corot seperti kelas pemulihan, LINUS atau kelas-kelas belakang. Kita biasa mendengar rungutan guru berkaitan respon anak murid kelas seperti ini yang sememangnya tidak memberangsangkan. Apa kata kita mengubah gaya dan cara yang dianjurkan nabi Muhammad dalam menangani umat yang dilabelkan ‘corot’. Buku ini memberikan satu pendekatan yang sangat mudah dan mesra pelajar.

Buku ini patut dimiliki oleh semua guru yang mahukan pendekatan yang lebih mesra pelajar dan berkesan. Kaedah dan pendekatan nabi Muhammad merupakan satu inovasi dan kreativiti yang telah lama diguna pakai oleh baginda.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh buat tempahan di Borang Pesanan.

Friday 1 November 2013

Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal

Mula bisnes tanpa modal (tanpa pinjaman)

Boleh atau tidak mula bisnes tanpa modal. Ya paling dan sangat disarankan bagi kalian yang baru mula dan ingin pecahkan tembok 'ada pinjaman baru ada modal'. Ada wang modal baru boleh mula. Ini salah. Sedangkan banyak cara kita boleh mula tanpa modal, kalau ada hanyalah modal minima, zaman IT begini, internet dan komputer sahaja. Macammana kalau tak ada modal. Ok, berkut 10 cara paling mudah dan pastikan kalian dengan konsisten boleh buat dan praktik.

1. Simpanan tetap secara bulanan.
Ok, sekarang kalian sekarang masih bekerja, sudah ada dalam fikiran mahu memulakan bisnes online secara sambilan. Tetapi tidak ada produk lagi dan rasa mahu ada modal dahulu. Mulakan dengan simpanan tetap secara bulanan. Katakanlah, hujung tahun depan baru mahu mula. Kita kumpul dahulu modal minima secara tetap. RM50 X 10, bersamaan RM500. Kalau RM100 X 10 bulan maksudnya RM1000, kalau RM200 X 10 bulan maksudnya RM2,000.

Modal RM500, RM1000 dan RM2000 adalah sangat cukup.

Jika bekerja masih bekerja, letak dahulu modal ini dalam satu tempat yang tidak diusik. Konsisten seperti biasa modal ini. Jika surirumah boleh mula dengan berapa banyak peruntukkan yang suami sudah beri.


2. Gunakan apa yang ada. Komputer dan internet.
Ok, baik sekarang tidak ada modal, tetapi ada komputer dan internet sahaja. Jika belum ada, kos untuk komputer dan internet paling minima RM3K, jadi boleh gunaan berdikit dahulu simpan modal asas seperti ditunjukkan di atas. Sudah ada RM3K, dapatkan komputer dan internet. Saya percaya hampir setiap rumah kini sudah ada internet dan komputer.

Sekarang, bagaimana pula menggunakan kemudahan ini. Iaitu komputer dan internet. Kalian perlu ada paling asas adalah face book. Mula daftar dengan face book. Satu akaun khusus untuk peribadi, satu lagi akaun fan page untuk kedai.

Empat langkah sahaja.
-Komputer dan internet
- Buat akaun fb, peribadi dan fan page
-Cari produk tanpa keluar modal
-Mula masukkan gambar, promosi dan jual.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.




Dapatkan pada harga promosi mampu milik iaitu RM30 sebelum di naikkan ke RM50 pada bila-bila masa sahaja.

Mahukan ebook ini pada harga RM30, sila isi Borang Pesanan.

Monday 28 October 2013

Bab 7 : Khidmat pelanggan online

Bab 7 : Khidmat pelanggan online



Mengenali pelanggan

Ok, baik bagi suri yang bekerja di rumah atau operasi bekerja di rumah. Terdapat beberapa pilihan produk dan servis.

1. Produk fizikal
2. Produk digital
3. Servis fizikal
4. Servis digital

Dalam konteks mengenali pelanggan, saya mahu menyentuh dalam bab ini mengenali pelanggan. Sebelum kita membuat perancangan menjual sesuai produk, sudah tentu kita perlu kenalpasti siapa sasaran pelanggan. Sama ada pelanggan tersebut perlu berjumpa secara fizikal atau secara maya sahaja.

Kebanyakan pemilik bisnes dari rumah, mempunyai kelebihan iaitu mengenali pelanggan melalui online tanpa batas. Sama ada ia secara langsung atau tidak langsung.

Bagaimana mengenali pelanggan secara tidak langsung. Contohnya komunikasi kita bersama pelanggan melalui kedai online, melalui blog dan juga melalui urusan jual beli.

Pelanggan baru
Pelanggan baru biasanya, pelanggan kali pertama urusniaga dengan kita. Sama ada kita akan terus bina hubungan dengan pelanggan tersebut atau sekali sahaj urusniaga.

Pelanggan di kalangan teman rapat atau saudara mara
Ini juga pelanggan. Mudah lagi melalui medan sosial seperti fb, sangat mudah untuk kita membina hubungan, mengekal hubungan seterusnya ada berlaku transaksi kewangan melalui produk dan servis yang kita tawarkan.

Pelanggan setia
Pelanggan ini kita jaga dan bina hubungan. Sama ada melalui hubungan komunikasi secara maya atau secara fizikal. Pun begitu, banyak kelebihan mempunyai pelanggan setia, kerana setiap kali ada produk atau promosi baru pelanggan ini setia membeli dan tidak pernah ketinggalan. Bina seberapa banyak pelanggan setia. Ia sangat penting untuk kelangsungan bisnes. Tambah dari masa ke semasa.

Pelanggan mudah diurus
Pelanggan sebegini tidak banyak kerenah, sekali tanya harga dan terus beli. Apabila ada masalah, diterangkan mudah faham dan mudah menerima respon dengan baik.

Pelanggan cerewet
Pelanggan sebegini dapat dikenalpasti seawal dia bertanyakan harga. Sama ada dia berwang atau sebaliknya. Minimakan dengan pelanggan sebegini, sekiranya lebih banyak emosi yang tidak berbaloi lupakan sahaja wangnya. Terus sedia dengan pelanggan yang mudah diurus dan mudah dalam urus niaga.

Pelanggan online
Nama pun bekerja dari rumah, sangat mudah untuk kita berinteraksi tanpa bertemu muka. Hanya perlu online, melalui gajet, hp, media sosial dan pelbagai cara. Banyak kelebihan melayan pelanggan online berbanding pelanggan bertemu secara fizikal.

Pelanggan fizikal
Ada sesetengah urusniaga memerlukan berjumap dengan pelanggan. Pun begitu terpulang kepada pemilik bisnes, sama ada perlu berjuma di sesuatu lokasi atau pejabat di rumah. Sekiranya perlu berjumpa di pejabat di rumah, pastikan perkara berkaitan keselamatan perlu diambil perhatian.



Harga Promosi ialah RM30. Harga asal RM50. Bagi yang inginkan semasa harga promosi sila isi Borang Pesanan.

Sunday 27 October 2013

Bab 9: Strategi Pemasaran Rasulullah

Bab 9: Strategi Pemasaran Rasulullah

"Sesungguhnya, telah ada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu 'iaitu' bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah."
-Surah Al-Ahzab:21)

Muhammada s.a.w adalah model usahawan menyeluruh. Baginda adalah contoh terbaik dalam perniagaan dan Islam, sejarah sudah mencatatkan bahawa Rasulullah s.awa adalah seorang pedagang berjaya dan reputasinya setanding antarabangsa.

Sudah diasuh sejak dari kecil
Rasulullah s.a.w dilahirkan ketika kaum Quraisy mencapai kejayaan dalam bidang perdagaganga. Sejak kecil, berada dalam asuhan datuknya seorang pedangan ulung, Abdul Mutalib.

Selepas datuknya meninggal, baginda tinggal bersama pakciknya juga seorang peniaga. Baginda berinisiatif mempelajari bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Pada masa itu, baginda memberli barang-barang dari satu pasar kemudian menjualnya kepada orang lain.

Pada masa itu tidak dinafikan, baginda tergolong sebagai pemuda miskin yang memulakan perniagaan dari tahap paling awal.

Kemudian baginda juga bekerja dengan orang lain untuk mendapatkan upah, dan kadangkala menjadi agen kepada peniaga kaya yang ada di kota Mekah.

Dalam hal mencari rezeki yang halal, baginda terkenal sebagai pemuda bersungguh-sungguh, tekun dan cermat dalam bidangnya. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan seharian. Tetapi ini adalah salah satu usaha membentuk reputasi yang baik dengan pelanggan dan juga pelabur.

Usahasama dengan janda kaya Khadijah

Peribadi baginda yang jujur (siddiq) dan dipercayai (amin) adalah modal utama dalam mengembangkan perniagaan yang ditekuni. Ramai pelabur Mekah pada masa itu selesa menjalani kerjasama dengan baginda, baik berupa sistem upah mahupun hasil.

Rasulullah s.a.w kemudiannya menjadi pengelola (mudharib) dan Khadijah sebagai rakan kongsi tidur (Shahibul maal). Mereka sama-sama berkongsi kerugian dan keuntungan. Masa sulit yang dihadapi Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan terjadi ketika baginda berusia 17 hingga 20 tahun. Pada masa itu baginda perlu berdikari menghadapi pesaing yang jauh lebih berpengalaman (senior) dari baginda.

Bisnes bukan sekadar keuntungan material, tetapi sebagai saluran ibadah untuk kebahagian dunia dan akhirat.

"Barang siapa yang pulang ke rumahnya di petang hari dan merasakan keletihan kerana dia kedua-dua tangannya bekerja di siang hari, maka pada malam itu dia akan mendaoat ampunan Allah s.w.r (HR.Tabrani)

-Berpandukan hadis di atas, beberapa langkah praktikal menjadikan bisnes sebagai tiket menuju kebahagiaan akhirat.

Ciri-ciri usahawan produktif

-Sentiasa berikap proaktif, kreatif iaitu benar-benar berusaha luar biasa bukan sekadar masuk senarai atau kerja hanya melepas batuk di tangga
-Niat melakukan usaha kerana Allah, dengan demikian aktiviti yang dilakukan dipermudahkan.
-Sentiasa fokus dan jelas dengan matlamat yang dikerjakan.
-Berfikiran positif (husnuzham)
-Menjaga kualiti kemampuan diri dengan melaksanakan dengan cara terbaik dan rasa tanggungjawab setiap amanah yang diberikan.

Rekod Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan

1. Rasulullah s.a.w adalah pakar ekonomi
- Sejarah telah membuktikan bahaiman Islam di bawah kepimpinan bagina mampu membuat penyelesaian yang menimpa pada masa itu. Pelbagai kaedah dan usaha dilakukan bagina untuk menyelamatkan umat dari krisis ekonomi dan kemiskinan.
-Contohnya dalam peristiwa hijrah ke Madinan. Ketika tempoh berada di Madinan, baginda menghadapi masalah dakwah Islam dan penyebaran ajarannya, tetapi juga pemasalah ekonomi yang rumit.
- Masalah perpindahjan penduduk secara besar-besaran dari Mekah ke Madinan yang masih lemah ekonomi dan kestabilan, menuntut baginda berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.
-Ini memberi kesan dan boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan antara penduduk asal dan pendatang yang hadir. Tambahan pula orang-orang Yahudi terganggu, kerana penguasaan ekonomi Madinah masih berada dalam kekuasaan mereka.
-Terdapat tiga persolana asas menuntut untuk diselesaikan iaitu pertama tempat tinggal kaum Muhajirin yang telah meninggalkan kampung halaman. Kedua, kesejahteraan sama rata, ketiga masalah pengangguran.

Untuk mengatasi tiga masalah tersebut, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Langkah ini adalah terbaik, dalam mempertimbangkan sisi kemanusia dan ekonomi, pada masa yang sama masih berlandaskan prinsip agama.

Setelah kestabilan dicapai, baginda juga mengadakan perjanjian dengan bangsa Yahudi di Madinah. Salah satu isi perjanjian ialah, baik muslim mahupun Yahudi, perlu terlibat secara aktif dalam menjaga keamanan Madinah dari serangan luar.


Ini adalah salah satu bab yang terdapat didalam ebook 101 idea home-baed bisnes. 

Berminat untuk mendapatkan ebook ini, sertai kelas asas blog dan dapatkannya secara PERCUMA.

Untuk menyertai kelas asas blog isi Borang Pesanan.

Thursday 24 October 2013

Pakej Ebook Oktober






Bagi yang tidak mahu membuat blog sendiri, boleh dapatkan pakej rujukan asas ini.

Pakej Ebook Promosi Oktober
Harga sebenar RM130
Harga promosi RM100


Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes mula terbit 30.11.2013 .
Dapatkan percuma sahaja dengan pembelian pakej ini

Untuk tempahan sila klik Borang Pesanan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...