Pengarang : Ainon Muhammad, Khairulaniza Khairudin,
Siti Khatijah Abd Ghafar & Nurhidayah Jaafar
Penerbit : Buku Pandai Publication
Muka surat : 130 Halaman
Harga: RM25.00
Buku ini ditulis oleh beberapa penulis tersohor tanah air, iaitu Ainon Mohd, Khairulaniza Khairuddin, Siti Khadijah Abd Ghaffar dan Nurhidayah Jaafar dengan ketebalan 130 halaman.
Buku ini ditulis berdasarkan kajian oleh tim pengkaji hadis psikologi. Dengan berpaksikan hadis dan amalan nabi Muhammad ketika berdakwah (amalan psikologi / pendekatan memuji ) guru disarankan mendidik murid yang tergolong dalam kumpulan corot melalui pendekatan yang lebih bersifat insani puji, motivasi, ganjaran dan sebagainya.
Buku ini membuka satu dimensi baharu kepada guru khususnya guru yang mengajar kelas corot seperti kelas pemulihan, LINUS atau kelas-kelas belakang. Kita biasa mendengar rungutan guru berkaitan respon anak murid kelas seperti ini yang sememangnya tidak memberangsangkan. Apa kata kita mengubah gaya dan cara yang dianjurkan nabi Muhammad dalam menangani umat yang dilabelkan ‘corot’. Buku ini memberikan satu pendekatan yang sangat mudah dan mesra pelajar.
Buku ini patut dimiliki oleh semua guru yang mahukan pendekatan yang lebih mesra pelajar dan berkesan. Kaedah dan pendekatan nabi Muhammad merupakan satu inovasi dan kreativiti yang telah lama diguna pakai oleh baginda.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh buat tempahan di Borang Pesanan.