Buku "Mudanya Belajar Bahasa Inggeris" adalah berkongsepkan '2 buah buku dalam 1 naskah' iaitu Tatabahasa (Grammar) + Perbendaharaan Kata (Vocabulary) dan disertakan latihan.
Buku ini adalah inisiatif penulis daripada penyeledikan dan pemerhatian mereka sepanjang 6 tahun menjadi guru tuisyen. Sepanjang mengajar mereka mengesan kelemahan-kelemahan umum yang kebanyakan ada pada murid-murid seperti tidak memahami penggunaan tatabahasa. Buku ini di hasilkan untuk membantu anak-anak mudah mempelajari dan memahami Bahasa Inggeris. Buku ini sesuai untuk anak-anak yang berusia 7 tahun sehingga 15 tahun.
Latar belakang mengenai penulis :-
- Aida Dahlia Ahmad
- Beliau merupakan graduan dari Universiti Malaya dalam bidang mikrobiologi pada tahun 1993.
- Beliau pernah berkhidmat di Hospital Besar Melaka dan sebagai guru di Sekolah Dang Anum, Melaka.
- Beliau mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
- Asnili Marniwati Ahmad
- Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Pemasarann.
- Beliau memiliki sijil profesional dari Institut Pengurusan Malaysia dalam bidang
- Pengurusan Harta Intelek.
Harga : RM39.00