Tuesday, 14 May 2013

Pakej didik anak soleh



Pakej ini terdiri dari 4 buku :

1. Mendidik anak senang solat - RM14.00
        Pengarang: Hana Abdul Aziz ash-Shani
        Penterjemah: Juhan Che Yaman
        Editor : Dr. Mohd Puzhi Usop
        Muka Surat: 161 


2. Anakku hebat anakku soleh - RM39.90
   
Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti   yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran.

Ibu bapa mempunyai segala kuasa untuk menyediakan landasan yang perlu dilalui anak-anak seharian dalam proses membesar. Ibu bapa juga perlu mengawal dan menyelia. Untuk itu petunjuk daripada Ilahi melalui al-Quran dan hadis merupakan modul dan acuan terpenting. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sebarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.



3. Kisah-kisah inspirasi para ibu yang melahirkan orang yang berjaya - RM14.00

Muncul seorang yang ternama dan hebat dalam bidangnya pasti terbayang disebalik kejayaan itu adalah betapa hebat ibu yang telah melahirkan, mengasuk, mendidik dan mengasihinya. Begitulah betapa hebatnya ibu yang telah melahirkan insan-insan yang hebat sepanjang zaman.

Walaupun ibu-ibu ini hanyalah orang biasa, namun dengan cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, lahirlah insan-insan terbilang. Jangan pinggirkan mereka iaitu ibu kita apabila kita s
udah berada di puncak kegemilangan. Kerana tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini.

4. Kesalahan ibubapa dalam mendidik anak - RM10.00

Setiap ibu bapa mahukan anak-anak yang soleh, cerdik dan berjaya di dalam kehidupan mereka. Banyak sekali teori dan keadah-keadah diketengahkan dalam mendidik anak-anak ini.Bahkan ahli-ahli psikologi dan motivasi barat juga mengetengahkan kaedah masing-masing untuk membangun anak yang berjaya di dalam kehidupan mereka. Di dalam Islam contoh pendidikan anak telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sendiri. Baginda Rasulullah meletakkan matlamat kejayaan kehidupan seseorang adalah akhirat yang berjaya dan bahagia. Begitulah cara beliau mendidik anak-anaknya dan juga para sahabatsahabatnya.

Kesibukan harian ibu bapa dalam mencari rezeki untuk keluarga sememangnya menghadkan masa ibu bapa untuk bersama anak-anak mereka. Namun ini bukanlah alasan untuk mengabaikan pendidikan dan pemantauan terhadap anak-anak. Ada juga ibu bapa yang punya begitu banyak sekali masa bersama anak-anaknya tetapi la tidak digunakan sebaiknya. Ini juga sesuatu yang elok. Untuk membangunkan generasi yang mantap dari segi ilmu dunia dan akhiratnya maka pendidikan itu bermula daripada awal. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu mengetahui tip dan selok belok dalam mendidik anak. Salah satu cara ialah mengetahui kelemahan dan kesalahan yang kita lakukan.Dengan mengetahui kesalahan ini mudah untuk kita menghindarkannya. Untuk mengetahui kesalahan yang biasa kita lakukan bersama-samalah kita baca buku
Dapatkan pakej ini pada harga RM77.90 + RM10 (kos pos)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...