Pakej ini merangkumi 2 buah buku bestsellers iaitu :
1. Aku terima nikahnya - RM55.00
Melihat anak-anak terkurung di dalam rumah tingkat 11 bak sarang merpati, timbul rasa terkilan. Damai yang dikecap sebagai sebahagian hidup semasa di Ireland dulu, janjinya tinggal janji. Bukanlah kerana rumah tidak berjiran dengan taman. Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan. Keluar pagi balik malam, suasana kerja mencuri masa pergi begitu sahaja. Hujung minggu pula terpaksa dibahagi antara kerja isteri di hospital, dengan jadual ceramah dan mesyuarat. Betapa mahalnya setiap hujung minggu untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapa dan Allah Pencipta melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya. Di mana janji untuk berdamai di taman mendekati Dia pada ciptaan langsung-Nya yang kaya. Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.
2. Indahnya hidup bersyariat - RM55.00
Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.
Untuk tempahan sila isi borang pesanan.
No comments:
Post a Comment